agriculture
Starts From : 100 MYR

kursus tanam cendawan tiram kelabu 3df2b02e

  • Price
    Starts From 100 MYR
  • Batches
    1
  • Experts
    1
  • Customers
    1
  • Started On
    February 28, 2019
  • Status
    Running
Book Now

Course Description

Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Perusahaan cendawan menggunakan kawasan yang kecil tetapi perlukan keadaan yang sesuai. Pemeliharaan cendawan dianggap mudah tetapi perlukan pengetahuan teknikal yang baik. Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

 

Cendawan Tiram adalah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha. Walaupun perusahaan cendawan tdak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.

 

Kursus ini akan dijalankan selama 2 hari.  Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran dan nilai ekonominya.  Untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta kursus, satu lawatan sambil praktikal akan diadakan pada hari kedua dimana peserta kursus akan dapat mencuba dan melihat dengan sendiri cara-cara penyediaan bibit cendawan dan pemeliharaan di dalam pondok cendawan.
 

Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan mendapatkan kemahiran asas untuk memulakan kerja pemeliharaan dan berkemampuan untuk menguruskan projek pemeliharaan cendawan dengan jayanya.


Why Attend

Mendedahkan kepada peserta kursus cara-cara pemeliharaan Cendawan Tiram kelabu yang mana jika kemahiran ini dapat diamalkan dengan baik akan dapat membantu menjana pendapatan keluarga baik sebagai pendapatan sampingan mahupun sebagai pendapatan utama.


Who Should Attend

Yuran Peserta : RM350.00 (termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus   dan kos pengangkutan pulang balik semasa lawatan ke Kundasang pada Hari Pertama).
 

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang
lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia menggunakan cek / bank draf kepada “KORPORASI PEMBANGUNAN DESA” dipalang “Account Payee
Only”atau secara Tunai. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon
menarik diri. Walau bagaimanapun menggantikan peserta boleh diurus dengan
memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelum kursus diadakan. 

 


Related Courses


Discussion